Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 6 Januari 2012

Lebih $200,000 dikeluarkan dari DBS, POSB tanpa izin di ATM Malaysia




SINGAPURA - POLIS dan DBS Bank sedang menyiasat apa yang dipercayai sebagai penipuan terbesar sejauh ini, melibatkan lebih $200,000 yang dikeluarkan tanpa izin, menerusi ATM di Malaysia.

Sehingga 8 malam tadi, DBS berkata sekitar 200 pelanggan telah melaporkan kepada bank itu berkenaan pengeluaran wang tanpa izin menggunakan kad ATM atau kad debit, dengan setiap akaun menyaksikan pengeluaran sekitar $1,000.

Buat masa ini, masih belum jelas kaedah penipuan yang digunakan.

Semua pengeluaran wang tanpa izin itu difahamkan dibuat dalam masa beberapa hari lalu dan pelanggan yang terjejas melaporkan tidak berada di Malaysia pada ketika itu.

DBS kini sedang menghubungi semua pelanggannya yang telah melakukan urus niaga di Malaysia sepanjang beberapa hari lalu dan memberi jaminan semua pelanggan akan dibayar balik sepenuhnya dalam masa 24 jam jika terdapat sebarang urus niaga palsu.

'Beberapa pelanggan telah memberitahu bank tentang pengeluaran tanpa izin yang dibuat di Malaysia menerusi kad debit dan ATM DBS Bank dan POSB mereka.

'Kad mereka telah dibatalkan serta-merta dan kami kini sedang mengambil langkah untuk membayar semula pelanggan-pelanggan tersebut secara penuh,' kata pengarah urusan dan ketua kumpulan perbankan konsumer Singapura di DBS Bank, Encik Jeremy Soo, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

'Kami akan menghubungi pelanggan jika mengesan sebarang kegiatan luar biasa pada akaun mereka,' kata Encik Soo.

Polis juga telah mengesahkan menerima beberapa laporan berkenaan pengeluaran wang tanpa izin daripada akaun bank POSB dan DBS.

Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) sedang menyiasat kes-kes tersebut.

Seorang mangsa penipuan, Cik Amanda Goh, menulis di Facebook, beliau mengesan empat pengeluaran wang tanpa izin berjumlah $2,000 yang dibuat di luar Singapura sepanjang dua hari lalu, meskipun tidak meninggalkan negara ini.

'Kali terakhir saya gunakan kad saya di luar negara ialah setahun setengah yang lalu di Bangkok (Thailand). Selain itu hanya kegunaan biasa di Singapura. Saya tak faham bagaimana mereka boleh mengeluarkan wang di luar negara semasa saya dan kad saya ada di Singapura,' tulis Cik Goh.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular