Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 7 Januari 2012

Pelanggan Singapura Serbu Bank

Orang ramai beratur panjang di cawangan POSB di Toa Payoh Hub untuk mengemaskini akaun mereka dan memastikan wang mereka tidak 'dicuri'.



SINGAPURA - LEBIH $500,000 telah dicuri daripada sekitar 400 pelanggan bank DBS dan POSB menerusi mesin-mesin tunai automatik (ATM) di Malaysia.

Menurut DBS, mereka akan membayar pampasan kepada semua pelanggan yang terjejas.

Dua ATM di Bugis Street yang telah 'diusik' telah dikenal pasti sebagai penyebab masalah itu.

Pendedahan DBS itu dibuat sedang orang ramai yang bimbang mereka juga menjadi mangsa dilihat beratur panjang di cawangan-cawangan DBS dan POSB sejak awal pagi semalam bagi memeriksa akaun masing-masing.

Malah kaedah perbankan dalam talian DBS juga sukar dilayari sejak kelmarin kerana kadar penggunaan yang terlalu tinggi.

Menurut DBS semalam, pemeriksaan yang dijalankan tertumpu kepada tiga tarikh lewat November lalu dan mereka telah pun menghubungi lebih 2,700 pelanggan yang menggunakan dua ATM pada tarikh tersebut.

'Walaupun siasatan masih dijalankan, bukti-bukti kukuh menunjukkan pengeluaran tanpa izin itu disebabkan operasi alat pengimbas data canggih atau skimmer. Siasatan awal di peringkat ini mendedahkan dua ATM di Bugis Street telah 'diusik',' jelas DBS, semalam.

Bank itu berkata keadaan kini terkawal.

'Sehingga 12 tengah hari semalam, DBS telah menghubungi semua pelanggan di mana mereka mempunyai rekod urus niaga di Malaysia, sejak beberapa hari lalu, bagi mengesahkan bahawa berlaku urus niaga sedemikian.

'Sekiranya terbukti bahawa urus niaga ATM tanpa izin telah dibuat, kami akan membayar pampasan kepada pelanggan dalam tempoh 24 jam,' jelas DBS lagi.

Sementara itu, di beberapa cawangan seperti di Marsiling, Admiralty dan Toa Payoh mendapati orang ramai, terutama pelanggan yang lebih tua, perlu beratur panjang bagi mengemaskini buku simpanan bank mereka.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular