Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

SAJIAN BERITA MENARIK NEGARA MALAYSIA - INDONESIA - SINGAPURA - BRUNEI ...UPDATE 3 KALI SEHARI.



Jumaat, 13 Januari 2012

Perceraian Hattan: Nafi orang ketiga punca ceraikan Farah




KUALA LUMPUR - Meskipun sedih apabila mahligai yang baru dibina musnah dalam tempoh dua bulan, penyanyi Biso Bona, Hattan menolak andaian sesetengah pihak bahawa perceraian dengan isterinya Farah Asyikin Osman, 33, berpunca daripada kehadiran orang ketiga.

Beliau sebaliknya menegaskan, perceraian tersebut disebabkan kegagalan mereka memahami dunia masing-masing yang berbeza.

Hattan, 48, mengakui dalam tempoh tersebut, beliau dan isteri cuba berusaha untuk mendampingi antara satu sama lain sebaik mungkin tetapi gagal.

"Perceraian kami bukan kerana orang ketiga atau tertekan didakwa bercerai talak tiga.

"Sebagai individu yang pernah berkahwin, kami berusaha untuk cuba mendampingi satu sama lain dengan sebaik mungkin serta memahami dunia kami yang berbeza namun ia tidak berjalan seperti yang dirancang," katanya ketika dihubungi semalam.

Hattan atau nama sebenarnya Shukri Sahabudin bernikah dengan Farah, seorang ahli perniagaan, dua bulan lalu iaitu pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi itu di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Jom klik khas untuk kalian..

Pengikut

Test for your internet speed

1MALAYSIA

1MALAYSIA
1 Semangat

Ads

ADV

Ads

Catatan Popular

FREE WEBSITE - GRATIS !!

Tukaran Mata Wang [ Currency exchange ]


Tukaran mata wang
 terkini:


Unit

Daripada

Kepada