
KUALA LUMPUR - BERIKUT adalah perkembangan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini.
9.12 pagi: Pengerusi DAP Selangor dan Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok tiba di Kompleks Mahkamah
9.05 pagi: Peguam utama Anwar Ibrahim, Karpal Singh tiba bersama anaknya Gobind Singh
9.00 pagiSekitar 6,000 orang berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah
8.55 pagi: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di Kompleks Mahkamah
Sekitar 8.50 pagi: Dalam tempoh asakan lebih kurang enam minit itu, tanpa disedari secara tiba-tiba kumpulan media yang leka mengendalikan tugasan dikejutkan dengan kasut dipercayai milik salah seorang jurugambar media yang melambung secara tiba-tiba. Kehadiran kasut yang melambung secara tiba-tiba itu ternyata mencuri perhatian sebelum disambut dengan pekikan 'wooo!!!' oleh petugas media yang menyaksikan keadaan itu, yang disifatkan sebagai sesuatu yang lucu.

8.50 pagi: Anwar Ibrahim masuk ke dalam kamar mahkamah. Beliau yang berkemeja biru lembut melemparkan senyum kepada yang hadir di galeri awam sambil tangannya memegang reben mata hitam. Anwar kelihatan mengatur anak-anak beliau yang turut hadir. Mahkamah sesak dengan kehadiran lebih 100 orang
8.39 pagi: Anwar Ibrahim dengan diiringi isteri, anak dan menantunya masuk ke dalam Kompleks Mahkamah. Kehadiran Anwar dikerumuni puluhan petugas media yang menanti kehadirannya sejak jam 3 pagi
8.35 pagi: Ada penyokong cuba bertindak ganas dengan menolak pengawal keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada yang 'mengamuk', menangis dan emosi. Anwar dapat memasuki Kompleks Mahkamah selepas 'kekecohan' beberapa minit
8.30 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya tiba di kawasan mahkamah. Turut tiba anak mereka Nurul Izzah dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Setiausaha Politiknya Faekah Hussin. Ketibaan Anwar Ibrahim di pekarangan mahkamah hanya berjalan kaki. Kebiasaanya, beliau akan tiba dengan kenderaan, tetapi hari ini hanya berjalan kaki dengan dikerumuni penyokongnya menyebabkan kes
