Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 8 Januari 2012

Pesanan terakhir Anuar: Walaupun jasad saya di penjara,jiwa saya tetap ada bersama rakyat




KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ceramahnya dalam siri jelajahnya di Dewan Orang Ramai, Kampung Pandan yang berakhir kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi sebagai "pidato yang terakhir."

Menurutnya, sekirnya beliau bakal berdepan dengan hukuman penjara, namun, jiwanya tetap bersama rakyat.

"Mungkin ini pidato terakhir daya untuk beberapa ketika tetapi saya mahu beritahu pemimpin Umno, walaupun jasad saya di penjara tetapi jiwa saya akan tetap ada bersama rakyat.

"Apapun keputusan esok (hari ini), yang penting kita, PKR, DAP, Pas akan terus bersemangat untuk tawan Putrajaya. Saya bercakap dari hati, sebab itu saya tidak takut dan saya sentiasa yakin," katanya.

Anwar turut memberitahu bahawa beliau akan berlepas ke Bombay, selepas mendengar keputusan mahkamah hari ini.

"Awal pagi esok, saya akan bersalaman dengan anak cucu sebelum ke mahkamah jam 9 pagi.

"Esok selepas dengar keputusan jam 9 malam saya akan berangkat ke Bombay, kalau tak ke Bombay, ke 'bilik lama',"katanya berseloroh.

Pada sesi ceramah tadi, kira-kira 10,000 penyokong berkumpul di padang Dewan Orang Ramai, di sini.

Turut hadir, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak mereka Nurul Izzah dan pemimpin Pas, DAP dan PKR.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular