Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 11 Ogos 2012

Malaysia tetap berjaya w/pun tidak perolehi emas







KUALA LUMPUR - SATU pingat perak dan satu gangsa yang dibawa pulang kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik 2012 di London tetap dianggap kejayaan membanggakan.

Biarpun menyamai pencapaian pada temasya Olimpik 1996 di Atlanta, Amerika Syarikat, namun kejayaan kali ini lebih bermakna.

Ini kerana pingat yang dimenangi hadir dalam dua acara berbeza iaitu badminton menerusi Datuk Lee Chong Wei dan terjun (Pandelela Rinong).

Pada temasya Olimpik 1996, dua pingat diperoleh daripada acara badminton menerusi gandingan Yap Kim Hock-Cheah Soon Kit (perak) dan Rashid Sidek (gangsa).

“Kalau daripada segi sasaran (untuk meraih pingat emas), saya boleh katakan kita gagal merealisasikannya, namun jika dilihat daripada sudut lain, saya anggap kita telah mencapai kejayaan yang memberangsangkan,” kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong di Perkampungan Sukan Olimpik 2012 di London semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular