Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 30 Ogos 2012

Rogol bawah umur: Teliti aspek perundangan







KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengadakan perbincangan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz bagi meneliti aspek perundangan berhubung isu rogol mangsa bawah umur (rogol berkanun).

Pendekatan itu bagi memastikan mangsa mendapat perlindungan dan pembelaan sewajarnya manakala pemangsa dikenakan hukuman setimpal dengan jenayah yang dilakukan, menurut kementerian itu dalam kenyataan di sini semalam.

KPWKM berkata, institusi keluarga berperanan penting mencegah dan menangani kes rogol mangsa bawah umur di kalangan remaja dan ibu bapa perlu mengawasi pergerakan dan perlakuan anak mereka demi masa hadapan.

Menurut kenyataan itu, KPWKM menghormati keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas dua lelaki dewasa yang didapati bersalah dalam kes rogol mangsa bawah umur, baru-baru ini.

"Pada masa yang sama, KPWKM memandang serius pandangan masyarakat yang beranggapan hukuman yang dikenakan ke atas kedua-dua lelaki itu adalah ringan dan tidak setimpal dengan jenis jenayah yang dilakukan,” katanya.

Sebagai negara pihak kepada dua konvensyen antarabangsa yang diratifikasi pada tahun 1995, iaitu Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melindungi golongan wanita dan kanak-kanak daripada sebarang bentuk eksploitasi, keganasan dan penderaan dari aspek fizikal, mental, emosi dan psikologi, menurut kenyataan itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular