Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 15 Ogos 2012

Penerbit filem terima RM9.8 juta



RAIS (depan, tengah) bersama penerima-penerima Rebat Duti Hiburan dan ITFC di Kuala Lumpur semalam.






KUALA LUMPUR – Seramai 15 penerbit filem tempatan menerima galakan kewangan melalui pulangan semula Rebat Duti Hiburan dan pembayaran Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) berjumlah RM9.8 juta.

Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Mohd. Naguib Razak berkata, daripada jumlah itu, seramai sembilan penerbit filem menerima pulangan Rebat Duti Hiburan berjumlah lebih RM7.2 juta manakala enam lagi menerima ITFC berjumlah hampir RM2.6 juta.

“Rebat dan insentif itu diberi kepada 38 filem yang telah sempurna tayangannya pada 2010 dan 2011 dan saya yakin langkah ini berjaya memantapkan aliran pusingan modal penerbit bagi penerbitan filem seterusnya.

“Ini tahun terakhir pemberian Rebat Duti Hiburan kerana selepas ini kita menggunakan skim ITFC sepenuhnya yang lebih relevan dan mampu kita tampung kosnya tetapi masih memacu industri perfileman,” katanya di sini semalam.

Rebat duti dan insentif itu disampaikan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pada majlis yang turut dihadiri Timbalannya, Datuk Maglin Dennis D’Cruz dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular