Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 30 Ogos 2012

Mahkamah arah Jimmy, isterinya guna jawatankuasa pendamai


Jimmy Shanley dan Nursuhaila Eliani Suhaimy



PETALING JAYA - Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini mengarahkan pengacara dan pelakon,  Jimmy Shanley dan isterinya  Nursuhaila Eliani Suhaimy membentuk satu jawatankuasa pendamai bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Hakim Syarie Mohd Nurul Azhar Mohd  Tohar memutuskan demikian selepas menolak permohonan interlokutari (permohonan dalam permohonan) yang difailkan Jimmy untuk membatalkan permohonan cerai yang difailkan isterinya, pada 25 Oktober lalu.

Mohd Nurul Azhar berkata sekiranya Jimmy enggan melafazkan talak kepada Nursuhaila Eliani jawatankuasa  pendamai perlu diwujudkan.

"Jadi mahkamah arahkan kamu berdua (Jimmy dan Nursuhaila Eliani) menampilkan wakil pendamai yang terdiri daripada ahli keluarga masing-masing," katanya.

Mahkamah menetapkan 10 Oktober depan sebagai tarikh sebutan bagi tujuan tersebut.

Dalam prosiding itu, Mohd Nurul Azhar berkata, kes perceraian itu wajar diteruskan dan ia membabitkan isu berbeza.

"Kes ini tidak akan prejudis terhadap kesemua kes defendan (Jimmy)  terhadap plaintif (Nursuhaila Eliani) termasuk perintah kembali taat.

"Justeru defenden perlu menangung kos yang akan diputuskan oleh Pegawai Pentafsir mahkamah," katanya.

Jimmy yang hadir untuk kali pertama selepas gagal hadir ke mahkamah sebanyak tujuh kali dalam prosiding lalu.

Pengacara itu bagaimanapun  tetap tidak setuju untuk bercerai ketika ditanya Mohd Nurul Azhar

Mohd Nurul Azhar turut menegur pelakon itu  dan mengingatkan peguam supaya memaklumkan kepada  mahkamah ketidakhadiran anak guam dengan mengemukakan surat.

Jimmy yang diwakili peguam syarie Mohd Noor Aizan Md. Idrus memfailkan permohonan interlokutari iaitu permohonan dalam permohonan untuk membatalkan permohonan cerai yang difailkan oleh isterinya.

Norsuhaila memfailkan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Negeri Selangor 2003 pada 21 Oktober 2010.

Mereka berpendapat permohonan cerai tersebut hanya boleh difailkan selepas kes permohonan perintah nusyuz yang difailkan oleh Jimmy di Mahkamah Tinggi Shah Alam selesai.

Jimmy memfailkan permohonan nusyuz di mahkamah tersebut pada 27 Januari 2011 manakala permohonan kembali taat difailkannya pada 3 Januari tahun tersebut dan kedua-dua kes itu kini di peringkat perbicaraan.

Pasangan suami isteri itu yang bernikah pada 1 Oktober 2010.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular