Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 16 Ogos 2012

Kelindan lori perkosa dan larikan penuntut IPT





SHAH ALAM - Seorang kelindan lori yang mengalami kecederaan akibat ditembak polis, dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melarikan secara paksa dua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan merogol seorang daripada mereka, Jun lepas.

Anuar Mohamad, 34, dari Taman Alam Megah di sini, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap tiga pertuduhan berkaitan.

Di Mahkamah Sesyen, Anuar didakwa merogol mangsa berumur 18 tahun di sebuah rumah di Lot 3862, Jalan Haji Tarmidi, Rantau Panjang, Klang dekat sini, antara 1.20 pagi dan 6 pagi, 25 Jun lepas.

Tertuduh, yang hanya duduk di kerusi sepanjang prosiding berikutan kecederaan yang dialaminya, didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya R.Kalaiyarasi yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan ketika ditangkap, polis terpaksa menembak tertuduh beberapa kali kerana dia cuba melarikan diri.

Kalaiyarasi berkata kes itu melibatkan kepentingan awam kerana mendapat liputan meluas media dan sekiranya tertuduh diikat jamin, dibimbangi insiden sama akan berulang serta berlaku kemungkinan tertuduh melarikan diri.

"Jika mahkamah ingin menggunakan budi bicara dengan membenarkan tertuduh diikat jamin, kami pohon jaminan yang sangat tinggi iaitu sekurang-kurangnya RM50,000," katanya.

Anuar yang tidak diwakili peguam pula memohon mahkamah membenarkan dia diikat jamin atas alasan dia tidak terbabit secara langsung dalam kejadian itu.

Hakim Slamat Yahya bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 14 Sept ini untuk sebutan semula kes.

Di Mahkamah Majistret, tertuduh didakwa melarikan secara paksa mangsa yang sama dan seorang lagi pelajar IPT berumur 23 tahun dengan niat untuk menyebabkan kedua-dua mangsa dikurung secara rahsia dan salah.

Anuar didakwa melakukan perbuatan itu ke atas mangsa berusia 18 tahun di tepi jalan bawah blok asrama bangunan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Seksyen 3 di sini antara 1.20 pagi dan 6 pagi, 25 Jun lepas.

Perbuatan terhadap mangsa berusia 23 tahun pula didakwa dilakukan di tepi jalan berhampiran perhentian bas sebelah Universiti Selangor (Unisel), Seksyen 7 di sini pada kira-kira 11 malam, 30 Jun lepas.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, Anuar didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Zilfinaz Abas juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 14 Sept ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan di Mahkamah Majistret dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahida Md Nor.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular