Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 16 Ogos 2012

Guru tadika dibunuh ketika tunggu kakak pulang beli persiapan Aidilfitri





PETALING JAYA - Seorang guru tadika dibunuh kejam dengan kesan kelar di leher di rumahnya di tingkat enam apartmen Flora Damansara di sini, awal pagi tadi.

Yasuhaidah Yoep, 22, yang berasal dari Pantai Remis, Perak ditemui mati kira-kira jam 3.30 pagi.

Mayatnya ditemui jiran yang membuat pemeriksaan selepas terdengar jeritan mangsa.

Ketika kejadian, kakak mangsa keluar membeli barangan persiapan raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis percaya pembunuhan itu dilakukan oleh individu yang dikenali mangsa.

"Tiada kesan umpil pada pintu dan gril. Rumah juga tidak berselerak dan tiada barangan berharga dilarikan," katanya.

Arjunaidi berkata, sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu turut ditemui dalam rumah mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular