Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 15 Ogos 2012

Teman lelaki Nurul diburu




KUALA LUMPUR - Teman lelaki Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, remaja yang dibakar di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi Isnin lalu, kini diburu polis kerana disyaki sebagai suspek utama yang bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam berkenaan.

Sejak kejadian berlaku, suspek yang berusia 18 tahun itu menghilangkan diri dan polis giat mengesannya bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, remaja lelaki dikenali sebagai Mohd Amir Mohd Anuar itu dikehendaki bagi membantu siasatan kes cubaan membunuh.

“Remaja terbabit dipercayai suspek utama kes bakar yang mengakibatkan seorang remaja perempuan melecur 25 peratus badan dari muka hingga perut dan kini terlantar koma di hospital.

“Suspek diminta menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Selain itu polis turut meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan suspek,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, motif sebenar kejadian belum dikenal pasti kerana polis tidak dapat mengambil keterangan daripada mangsa kerana remaja terbabit masih koma dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Orang ramai yang mengenali suspek boleh menyalurkan maklumat kepada Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di talian 03-21460522 sambungan 597 atau mana-mana balai polis berhampiran dan melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular