Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 5 Ogos 2012

MB Selangor akui Unisel tidak mampu bayar hutang JNSB



KUALA SELANGOR - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui bahawa Universiti Selangor (Unisel) menanggung hutang sejak sekian lama sehingga menjejaskan kemampuan universiti itu untuk membayar tunggakan kos penyelenggaraan dan operasi asrama kepada syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).
  
Beliau berkata walaupun pelajar membayar yuran pengajian, namun masih tidak mencukupi untuk menjelaskan hutang itu kerana perjanjian menetapkan Unisel perlu membayar sewa penuh kepada JNSB walaupun ketika cuti dan penuntut tidak menetap di asrama.
  
"Kita nak jaga pelajar dan kerajaan sudah maklumkan kepada Unisel supaya menumpukan kepada operasi universiti dan jangan susahkan diri tentang bayaran itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Tadarus dan Tadabbur Perdana Peringkat Selangor di sini hari ini.
  
Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar semalam bahawa Unisel berhutang hampir RM15 juta kepada JNSB, yang bertanggungjawab membangunkan dan menguruskan kediaman penuntut di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya di sini.
  
Unisel didakwa tidak melunaskan yuran penyelenggaraan untuk 17 bulan dan bayaran asrama yang dikendalikan oleh JNSB bagi tempoh lapan bulan.

Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri akan menyelesaikan hutang Unisel kepada JNSB, Abdul Khalid menjawab: "Kalau ikut undang-undang bayarlah. Kalau ada yang JNSB tidak ikut dia kena betulkan balik, itu sahaja."
  
Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata pendapatan universiti itu tidak cukup untuk membiayai kos pembinaan asrama yang berjumlah RM200 juta dan kampus yang berjumlah RM600 juta.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular