Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 10 Ogos 2012

Pengorbanan Pandelela berbaloi

Pandelela (kanan) menunjukan pingat gangsa yang dimenanginya kepada rakan seperjuangan (dari kiri) Leong Mun Yee, Ng Yan Yee, Yeoh Ken Nee dan Traisy Vivien.




KUALA LUMPUR - "KEJAYAAN ini bukan mudah untuk dicapai. Ia memerlukan kerja keras serta pengorbanan. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Saya berpegang dengan pendirian bahawa jika berhasrat meraih kejayaan ia memerlukan banyak usaha dan kerja keras."

Demikian jelas ratu terjun negara, Pandelela Rinong yang mencipta sejarah muncul sebagai atlet wanita pertama negara berjaya meraih pingat pada Sukan Olimpik.

Pandelela meraih pingat gangsa menerusi acara 10 meter platform individu wanita pada Sukan Olimpik 2012 London yang berlangsung di Pusat Olimpik kelmarin.

Atlet kelahiran Sarawak itu mengumpul 359.20 mata dalam acara yang dimenangi Chen Ruolin (emas) dari China dan Brittany Broben (perak) dari Australia itu.

Menurut Pandelela, bukan mudah untuk berada di podium pada temasya sukan besar seperti ini kerana ramai jaguh-jaguh dunia turut bertanding.

Namun, katanya, dia bukan jenis yang mudah menyerah kalah dan pasti memberi tentangan sehingga ke titik peluh terakhir.

"Bila sudah berjaya menjejak kaki ke Sukan Olimpik, ia bermakna bahawa kita antara yang terbaik di dunia. Sukan terjun sudah mencipta sejarah atas kejayaan melangkah ke final.

"Jadi perasaan takut untuk bersaing itu tidak timbul kerana kita sudah tahu tahap kemampuan kita terletak di mana.

"Saya turun beraksi seperti biasa tanpa memikirkan untuk menang pingat. Saya hanya perlu kuatkan mental untuk mengelak sebarang tekanan yang bakal dihadapi kerana jika beraksi dalam keadaan tertekan ia hanya akan mengundang kesilapan," katanya.

Pada aksi tersebut, Pandelela bermula agak hambar apabila sekadar memungut 58.50 mata pada terjunan pertama dan ketika itu, keyakinannya mula goyah.

Namun, atas kata-kata motivasi daripada jurulatihnya, Yang Zhuliang, dia kembali bangkit dengan rentak terjunan yang lebih kemas dan sempurna.

"Jurulatih hanya beritahu saya supaya jangan memikirkan kelemahan pada terjunan pertama itu. Saya perlu lebih fokus pada empat terjunan berikutnya.

"Saya ikut apa yang diarahkan oleh jurulatih dan pada empat terjunan berikutnya, saya sudah tidak memikirkan untuk menang pingat.

"Sasaran saya hanyalah untuk memperbaiki mata. Mungkin saya terlalu ghairah pada terjunan pertama itu yang mengakibatkan berlaku kesilapan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular