Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 2 Ogos 2012

Tesis pensyarah UPSI jadi rujukan

Dr Dahlia Janan



TANJUNG MALIM - Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Dahlia Janan menjulang nama institusi perguruan itu apabila dinobatkan sebagai penerima anugerah tesis terbaik bidang literasi seluruh United Kingdom (UK).

Dia yang baru dilantik sebagai Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu UPSI pada 16 Julai lalu, menerima anugerah ‘United Kingdom Literacy Association Research Student Award 2012’ daripada Convenor of Research of United Kingdom Literacy Association (UKLA), Profesor Guy Merhant pada 7 Julai lalu.

Tesis yang dihasilkan Dahlia, 42, ketika mengikuti pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) di Universiti Warwick selama empat tahun berakhir tahun lalu, memenangi anugerah itu kerana berjaya membangunkan semula konsep baru kebolehbacaan iaitu cara untuk menyesuaikan pembaca dengan teks yang dibaca.

Konsep kebolehbacaan sedia ada hanya mengkaji bidang kebolehbacaan menggunakan kaedah kuantitatif berbanding tesisnya yang mengkaji kemampuan kebolehbacaan menerusi kaedah kualitatif.

Kajiannya itu kini menjadi rujukan penyelidik di peringkat antarabangsa.

Kepakaran dan kecenderungan Dahlia adalah bidang pedagogi dan proses bacaan dalam literasi kanak-kanak dan dewasa, kebolehbacaan dan pendekatan inovatif dalam meneliti kesukaran teks serta kajian bandingan proses bacaan dan literasi.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular