Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 9 Ogos 2012

UUM lantik mufti Perak sebagai Profesor Adjung



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria



SINTOK - Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria merupakan antara tiga tokoh agama yang dilantik sebagai Profesor Adjung Universiti Utara Malaysia (UUM) ke arah memperkasakan Pusat Islam universiti itu.

Pengarah Pusat Islam UUM Prof Madya Dr Ismail Ishak berkata turut dilantik ialah bekas Mufti Kedah Datuk Syeikh Hassbullah Abd Halim dan bekas Mufti Perlis Datuk Mat Jahya Hussin.

"Mereka berperanan sebagai penasihat dan perunding dalam hal ehwal Islam universiti ini serta berperanan memberi nasihat dan membantu merancang serta mengurus hal-hal berkaitan dengan Pusat Islam," katanya pada majlis berbuka puasa peringkat UUM di sini semalam.

Katanya, ketiga-tiga tokoh berkenaan dipilih disebabkan kekuatan dan kepakaran masing-masing khususnya penonjolan mereka di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Beliau berkata pelantikan mereka telah mendapat kelulusan Senat universiti dan penyampaian watikah pelantikan telah disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Pusat Islam UUM.

"Pelantikan ini merupakan cadangan daripada Naib Canselor UUM sendiri iaitu Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak yang ingin Pusat ini lebih maju di samping membolehkan ia melangkah lebih luas ke peringkat antarabangsa," katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular