Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 13 Ogos 2014

Akuan bersumpah: 30 ADUN Selangor sokong Wan Azizah sebagai MB baharu


SUBANG JAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan seramai 30 Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) daripada PKR, DAP dan Pas memberi sokongan penuh kepadanya untuk menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut beliau, pendirian 30 ADUN tersebut dinyatakan secara bertulis di dalam akuan bersumpah yang ditandatangani oleh mereka untuk menyatakan sokongan itu.

"Saya sudah menghantar surat mohon menghadap Sultan Selangor sebelum sidang akhbar ini diadakan untuk mempersembahkan sokongan majoriti ADUN yang menyokong Saya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang turut dihadiri 30 ADUN daripada PKR, DAP dan Pas di Hotel Empire di sini tengah hari tadi.

Seramai 15 ADUN daripada DAP, 13 ADUN PKR dan dua ADUN Pas menyatakan sokongan kepada Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Dua wakil Pas yang hadir ialah ADUN Hulu Klang, Saari Sungib dan ADUN Morin, Hasnul Baharuddin.(Kosmo)



PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular