Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 7 Ogos 2014

PAS Malaysia masih mahu Khalid


KUALA LUMPUR -  Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar (MB) Selangor selagi beliau tidak disabit dengan sebarang kesalahan dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin negeri itu.

Majlis Syura itu yang bersidang semalam menyifatkan keputusan berkenaan dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan media yang disiarkan dalam laman web rasmi parti itu hari ini.

Ia menegaskan, jawatan MB Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat untuk meneruskan Abdul Khalid sebagai MB di Selangor bagi penggal kedua selepas pilihan raya umum ke-13.

"Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, Majlis Syura berkata, sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudian oleh pihak berautoriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah, ia bersedia menilai kembali kedudukan Abdul Khalid.

Isu MB Selangor hangat diperkatakan selepas Abdul Khalid didesak kepimpinan partinya sendiri iaitu PKR supaya melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB baru.

Abdul Khalid turut menerima tamparan apabila menerima surat tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin parti itu atas dakwaan mengingkari keputusan Majlis Pimpinan Pusat berhubung pertukaran menteri besar.

Selain itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution turut mengaitkan tindakan parti itu yang mahu Abdul Khalid berundur daripada jawatan MB adalah berdasarkan kepada keraguan berhubung integriti dan disiplin Abdul Khalid sepanjang memegang jawatan itu.(METRO)



PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular