Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 11 Ogos 2014

ISU MB SELANGOR: Sultan perkenan Khalid teruskan....


SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan kepada beliau untuk meneruskan tugas sebagai menteri besar.

Bercakap pada sidang media di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Abdul Khalid juga menegaskan beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua Exco Kerajaan negeri Selangor dalam masa terdekat.

"Saya telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatan saya sebagai ahi PKR, saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

Justeru itu DYMM Tuanku berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan dan selanjutnya DYMM Tuanku telah perkenan untuk saya terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor," ujar beliau.

Sementara itu, Abdul Khalid turut memberitahu, beliau tidak menolak untuk menyertai mana-mana parti politik termasuk Pas selepas beliau dipecat daripada keahlian seumur hidupnya daripada PKR.

"Sehingga ada perkembangan baharu, saya masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa," tambah beliau lagi.

Menurut Abdul Khalid lagi, beliau perlu mendapatkan sokongan sekurang-kurangnya empat orang Exco Selangor untuk terus menerajui kerajaan negeri itu.

Sehingga kini, Abdul Khalid berkata hanya empat Exco Selangor dari Pas telah menyatakan sokongan terhadap beliau untuk menerajui kerajaan negeri Selangor.

"Menurut artikel 53 (2) b Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, Exco selain menteri besar mesti mendapat sokongan sekurang-kurang empat ahli atau maksimum 10 orang.

"Jika memenuhi syarat itu, barulah saya boleh meneruskan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri," katanya lagi.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular