Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 4 Ogos 2014

Wanita warga China diculik, diperkosa bergilir-gilir


BUKIT MERTAJAM – Seorang wanita warga China melalui detik hitam memeritkan apabila dia bukan sahaja dilarikan daripada kekasihnya yang menjadi mangsa rompakan malah lebih trauma apabila diperkosa secara bergilir-gilir oleh tiga penjenayah di sini semalam.

Kejadian pada pukul 3.30 pagi itu berlaku ketika mangsa yang berusia sekitar 20-an dalam perjalanan dari George Town menuju ke Butterworth bersama kekasihnya seorang ahli perniagaan yang berusia sekitar 40-an selepas berhibur di sebuah pusat hiburan di sini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh berkata, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah kekasihnya, pasangan yang menaiki kereta jenis Hyundai Elantra singgah di kawasan rehat bersebelahan Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang.

“Ahli perniagaan itu meninggalkan mangsa di dalam kereta yang enjin masih hidup sementara dia memasuki tandas.

“Mangsa yang ditinggalkan bersendirian didatangi empat lelaki menaiki dua buah motosikal sebelum kumpulan lelaki itu berpura-pura bertanyakan arah jalan,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.(kosmo)


PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular