Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 25 Mac 2010

4 Anak Tercampak Keluar Kereta



KUALA TERENGGANU: “Sukar untuk saya bayangkan apabila melihat empat anak tercampak ke tengah jalan menerusi tingkap kereta manakala suami, Muhammad Razali Manan, 46, pula berlumuran darah di tempat pemandu.

“Saya bergegas keluar dari kenderaan yang remuk dan mengheret mereka ke bahu jalan,” kata Latifah Majid, 39, menceritakan detik cemas kemalangan yang menimpa suami dan enam anaknya di Kampung Kelulut, Marang, Selasa lalu.

Kejadian kira-kira jam 7 malam itu berlaku ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan ke Kuantan dan singgah di Kampung Kelulut, Marang untuk membeli keropok lekor sebelum Proton Wira dinaiki dirempuh sebuah pacuan empat roda dari belakang ketika membuat pusingan ‘U’.

Ibu kepada enam anak yang tidak cedera dalam kemalangan itu ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berkata dia tidak menduga percutian ke rumah ibunya di Kampung Badak, Bachok, Kelantan berakhir tragedi.

Menurutnya, suaminya menerima lebih 200 jahitan dan doktor terpaksa menjalankan pembedahan plastik di muka manakala bahu dua anaknya patah serta luka di beberapa bahagian badan.

Katanya, dua anaknya iaitu, Nur Farisa Nadia, 18, dan Muhammad Iqbar, 12, serta suami, kini masih dirawat di HSNZ manakala empat lagi anaknya dirawat sebagai pesakit luar.

“Ketika melalui jalan berkenaan untuk pulang ke rumah di Sungai Isap, Kuantan, anak memberitahu mereka mahu makan keropok dan suami singgah di Kelulut untuk memenuhi permintaan mereka.

“Selepas beberapa minit singgah di kedai keropok terbabit, kami menaiki kereta dan suami membuat pusingan ‘U’ untuk ke Kuantan dan tidak menyedari kehadiran kenderaan lain dari arah belakang sebelum merempuh Proton Wira dinaikinya,” kata isteri kepada peniaga ikan terbabit.

Latifah memberitahu ketika kemalangan dia duduk bersebelahan suaminya dan kejadian itu berlaku dengan pantas serta tidak sempat memberi bantuan kepada pasangannya yang parah di muka itu kerana ingin menyelamatkan empat anaknya yang tercampak di tengah jalan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular