Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 30 Mac 2010

BELASAH ISTERI: Badrul Muhayat Ditahan



AMPANG: -- Pelakon dan bekas model, Badrul Muhayat Ahmad Jailani yang diburu polis sejak Ahad lalu ditahan di sebuah restoran di Taman Nirwana di sini, malam tadi.

Dia ditahan ketika minum berseorangan di restoran itu kira-kira jam 11 malam selepas polis mendapat maklumat mengenai kehadirannya di kawasan berkenaan.

Badrul Muhayat diburu selepas dikatakan menghilangkan diri apabila isterinya, Julia Daud, 28 membuat aduan polis, Rabu minggu lalu, mendakwa dibelasah, termasuk dipukul menggunakan batang penyapu di rumah mereka di Kampung Cheras Baru di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata pelakon berusia 41 itu ditahan ketika sedang minum seorang diri di restoran berkenaan.

Polis bertindak hasil maklumat awam selepas dimaklumkan pelakon yang popular dengan filem Harry Boy dan Azizah The Legend itu berada di situ.

“Dia akan direman esok (hari ini) dan sekiranya ada kes dia akan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tiga tahun atau denda atau sebatan,” katanya ketika dihubungi di sini, awal pagi tadi.

Ahad lalu, akhbar melaporkan, pasangan yang mempunyai tiga anak itu bertengkar kerana isterinya, yang juga penari kebudayaan, mengesyaki suaminya mempunyai hubungan sulit berdasarkan kandungan SMS dalam telefon bimbitnya.

Akibat perselisihan faham itu, suspek yang dikatakan marah kemudian bertindak memukul dan membelasah isterinya termasuk menggunakan batang penyapu.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang cedera ringan dan lebam di seluruh badan, dirawat di Hospital Ampang sebelum membuat laporan polis pada hari sama.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular