Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 24 Mac 2010

RASUAH: Dua lelaki cuba perdaya Datuk Bandar JB RM500,000

ABU Bakar Jaffar (kanan) bersama Ibrahim Ab Aziz keluar dari Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini selepas dijatuhkan hukuman penjara satu hari dan denda RM10,000 atas tuduhan melakukan kesalahan meminta wang rasuah sebanyak RM500,000 daripada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru.



24/03/2010 5:03pm

JOHOR BAHARU 24 Mac - Seorang kontraktor dan rakannya didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Baharu, Johor hari ini kerana cuba mengugut dan memperdaya Datuk Bandar Johor Baharu dengan menggunakan nama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan suapan sebanyak RM500,000.

Pesuruhjaya Siasatan SPRM, Mustafar Ali berkata, kedua-dua lelaki berumur 52 dan 48 tahun itu dituduh meminta suapan tersebut pada kira-kira pukul 5 petang, 19 Mac daripada Datuk Bandar tersebut.

"Laporan telah dibuat pada hari yang sama di mana kedua-dua mereka didakwa cuba mengugut Datuk Bandar dengan meminta suapan sebanyak RM500,000 untuk diserahkan kepada seorang pegawai SPRM Kuala Lumpur sebagai balasan tidak meneruskan siasatan kes rasuah yang dikatakan melibatkan Datuk Bandar tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mereka dituduh mengikut Seksyen 384, Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama-sama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda atau dengan sebatan atau mana-mana dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Mustafar berkata, SPRM memandang serius kes-kes di mana individu menyamar sebagai pegawai penguatkuasa termasuk pegawai SPRM bagi mengugut dan meminta suapan.

"Ada beberapa kes yang disiasat melibatkan individu yang menyamar sebagai pegawai penguatkuasa SPRM untuk mendapatkan duit selain itu ada juga yang menyamar sebagai orang tengah kepada SPRM untuk mendapatkan suapan,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai meminta mana-mana individu yang mengaku sebagai pegawai penguatkuasa menunjukkan kad kuasa bagi mengesahkan identiti mereka sebelum membuat tindakan lanjut. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular