Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 26 Mac 2010

PDRM: BioFIS Berkesan 1,015 Kes Jenayah Di Malaysia

( Foto hiasan - cap jari)


KUALA LUMPUR 26 Mac : – Sistem Indentifikasi Cap Jari Biometrik (BioFIS) berjaya menyelesaikan sebanyak 1,015 kes jenayah sejak diperkenalkan tahun lepas, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Katanya, BioFIS yang dikendalikan secara elektronik itu membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memproses dan mengesan identiti penjenayah dalam masa yang singkat.

"Semenjak penggunaan BioFIS ini pihak kami dapat meningkatkan penyelesaian kes jenayah tahun lepas, berbanding dengan penyelesaian 377 kes pada 2008 dan 365 kes pada 2007,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sistem itu di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Ismail berkata, sistem itu mempunyai dua kaedah iaitu kaedah “Live Scan" (menggunakan ibu jari) dan “Card Scan” (dokumen yang mengandungi cap ibu jari) yang terdapat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara.

"Sebanyak 52 “Live Scan” terdapat di 14 buah IPK dan 28 di IPD yang mempunyai rekod jenayah yang tinggi, manakala “Card Scan” terdapat di IPD yang lain.

"Segala cap jari itu akan terus berpusat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk mengesan identiti penjenayah selama kira-kira 10 minit dan dalam sehari kami boleh mengesan 500 hingga 1,000 identiti,” katanya. – Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular