Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 28 April 2010

Doktor Pengedar Dadah Perolehi RM60,000 Sebulan

( Foto hiasan )


KUALA LUMPUR: Lakonan temberang seorang doktor ‘propa’ terbongkar selepas siasatan mendapati suspek sekian lama menyalahguna kerjaya untuk bergiat sebagai pengedar pil khayal Dormicum kepada penagih dadah.

Tambah mengejutkan doktor lelaki berusia awal 30-an terbabit sengaja menampal keratan akhbar berhubung kesan negatif pil psikotropik bertujuan menunjukkan seolah-olah dia bersih daripada gejala pengedaran pil khayal berkenaan.

Difahamkan hasil kegiatan menyelewengkan pil khayal itu, doktor terbabit memperoleh pendapatan sehingga RM60,000 sebulan.

Sumber Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, kegiatan doktor muda terbabit terbongkar selepas lapan pegawai penguat kuasa farmasi menjalankan pemeriksaan mengejut di klinik terbabit di Serdang, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Menurutnya, ketika serbuan doktor lelaki terbabit melayan pesakit sebelum pegawai penguat kuasa farmasi menjalankan siasatan terhadap klinik itu bagi mengesan penyelewengan pil khayal.

“Siasatan sebelum ini mendapati doktor terbabit membuat pembelian lebih 20,000 pil psikotropik jenis Dormicum dari syarikat pengedar.

“Pil Dormicum berkenaan sepatutnya hanya boleh dijual kepada pesakit yang menghadapi tekanan perasaan atau masalah sukar tidur (imsonia), selain digunakan dalam prosedur pembiusan sebelum pembedahan,” katanya.

Namun agak mengejutkan apabila pemeriksaan pegawai penguat kuasa farmasi gagal menemui kira-kira 20,000 pil Dormicum yang dipercayai sudah diselewengkan bagi tujuan tertentu.

“Hasil dari audit dilakukan, 20,000 pil Dormicum itu dijual kepada ‘orang tengah’ secara pukal sebelum dipasarkan kepada penagih yang menyalahgunakannya sebagai alternatif dadah gantian.

“Siasatan turut mendapati, doktor terbabit licik memanupulasikan rekod bahan psikotropik dengan sengaja mengisi maklumat pesakit palsu yang kononnya membeli pil Dormicum berkenaan,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan buku rekod, doktor itu mendakwa menjual kira-kira 200 pil dormicum kepada 20 pesakit setiap hari.

“Dengan harga kira-kira RM10 bagi setiap biji pil Dormicum dijual, doktor terbabit mampu mendapatkan purata pendapatan RM2,000 setiap hari atau RM60,000 sebulan,”
katanya.

Menurutnya, kes berkenaan akan disiasat mengikut Akta Racun dan jika sabit kesalahan doktor terbabit boleh disabitkan dengan denda RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular