Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 25 April 2010

Bekas anggota tentera didakwa tipu lelaki RM54,750




BUTTERWORTH 26 April - Seorang bekas anggota tentera berpangkat Mejar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menipu seorang lelaki melibatkan wang berjumlah RM54,750 pada 2005.

Ahmad Jamaluddin, 48, dituduh melakukan semua kesalahan itu antara 21 Julai dan 16 Sept 2005 di Affin Bank Berhad cawangan Seberang Jaya di sini.

Ahmad didakwa menipu dan memperdaya Johari Omar untuk mempercayai bahawa wujud kerja-kerja pembekalan di 92 DKP Batu Kentonmen, Kuala Lumpur.

Tindakan Ahmad itu mendorang Johari memberikan sejumlah wang yang dimasukkan dalam akaun Affin Bank milik tertuduh.

Ahmad didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad membenarkan Ahmad diikat jamin RM15,000 dan menetapkan 25 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Penolong Pendakwa Raya Janariah Abdul Mutalib dan tertuduh diwakili peguam K. Saravanan Kumar. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular