Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 24 April 2010

PRK HULU SELANGOR: Proses Membuang Undi Bermula

ORANG ramai mula membuang undi di Pusat Pembuangan undi SMK Dato' Haji Kamaruddin, Kuala Kubu Bharu, pagi ini.



HULU SELANGOR, 25 April (Bernama) -- Proses mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor bermula Ahad pagi sebaik sahaja pusat-pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi ini.

Sejumlah 48 pusat mengundi yang ditempatkan di 47 sekolah dan dewan masyarakat yang menyediakan 136 saluran mengundi mula dibuka untuk pengundi pagi ini, dengan diselia oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia diketuai oleh pegawai pengurus pilihan raya Nor Hisham Ahmad Dahlan yang merupakan Pegawai Daerah Hulu Selangor.

Seramai 63,701 pengundi dijangka mengundi hari ini untuk memilih Anggota Parlimen baru kawasan itu, bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meninggal dunia pada bulan Mac lepas.

SPR menjangka kira-kira 80 peratus pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada pilihan raya kecil ini, dan beliau menasihatkan mereka supaya datang ke pusat mengundi awal kerana tengah hari dijangka hujan.

Polis menggerakkan lebih 1,000 petugas dan beberapa helikopter bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar.

Di beberapa pusat mengundi kelihatan para pengundi sudah mulai beratur sebelum pusat mengundi dibuka lagi, seakan-akan tidak sabar untuk memilih antara ketua penerangan MIC P.Kamalanathan, 44, dari Barisan Nasional (BN) dan bekas Anggota Parlimen Kota Baharu Datuk Zaid Ibrahim, 59, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR); untuk mewakili mereka di Parlimen nanti.

Proses mengundi akan tamat pada pukul 5 petang, diikuti dengan proses menghitung undi di semua pusat mengundi.

Semua undi itu kemudiannya akan dikumpulkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Hulu Selangor di sini, dan paling awal keputusan dijangka dapat diketahui ialah pukul 9.30 malam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular