Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 28 April 2011

Anwar berang ditanya sumpah laknat




KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada berang hari ini mempertikaikan soalan wartawan ketika ditanya sama ada beliau akan menyahut cabaran ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah untuk bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, selepas solat Jumaat esok.

Katanya, beliau tidak pernah diminta oleh sesiapa untuk mengangkat sumpah.

"Ikut hukum siapa nak sumpah. Saudari orang Islam? Hukum mana yang suruh angkat sumpah. Tak boleh jawab, ok tak payah," katanya bagi menjawab soalan seorang wartawan dalam nada tinggi.

Anwar menegaskan bahawa dalam hal seperti itu orang yang mahu mengangkat sumpah harus bebas daripada dosa besar iaitu tidak pernah minum arak dan tidak pernah berzina.

Beliau turut berang ketika ditanya mengenai kesediaannya memberi sampel deoksiribonukleik (DNA) kepada polis berhubung rakaman video seks yang didakwa mirip dirinya.

"DNA apa?," tegasnya berulang kali yang sinikal menyatakan kepada wartawan "Semoga awak dapat naik pangkat dalam masa yang terdekat,"

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hampir sejam bermula kira-kira pukul 2.50 petang untuk memberi keterangan kali kedua berhubung laporan polis yang dibuat selepas penayangan video seks yang mirip dengan dirinya pada 21 Mac lalu.

Anwar yang memberi keterangan untuk kali kedua selepas kali pertama dibuat pada 22 Mac lalu, turut menafikan lelaki dalam video tersebut adalah dirinya.

Beliau ditemani isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, anaknya, Nurul Izzah dan dua wakil rakyat PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Tian Chua selain peguamnya, R. Sivarasa.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular