Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 29 April 2011

Tengku Abdullah dilantik Canselor UMP

Tengku Abdullah.





PEKAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat menyempurnakan lawatan kerja di Universiti Malaysia Pahang (UMP) kampus Pekan di Kuala Pahang, di sini hari ini.

Pada lawatan itu, baginda menerima watikah pelantikan sebagai Canselor UMP bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 April lalu.

Pada majlis tersebut, Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim turut menyampaikan taklimat kepada baginda mengenai perancangan dan pembangunan kampus tersebut yang berkeluasan 257 hektar itu.

Dalam kunjungan selama lebih sejam itu, Tengku Abdullah berkesempatan melawat pembangunan fasa 1 yang menempatkan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Sebelum mengakhiri lawatan rasmi tersebut, baginda menanam sebatang pokok Rantai Emas sebagai menyokong usaha kempen 'Hijaukan Bumi' yang sedangkan dijalankan universiti tersebut.

Hadir sama dalam lawatan tersebut, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Mohd. Hilmey Mohd. Taib.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular