Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 29 April 2011

Sumpah Laknat: Tak sumpah atas nasihat Nik Aziz



AMPANG: Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau tidak tampil untuk bersumpah laknat berhubung isu video seks yang dikaitkan dengannya selepas mendapat nasihat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan beberapa tokoh agama lain.

Anwar berkata, Nik Aziz menasihat beliau supaya tidak melayan desakan untuk bersumpah laknat kerana tuduhan zina yang dikenakan terhadapnya perlu diselesaikan di Mahkamah Syariah.

“Beberapa bekas mufti seperti bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan bekas Mufti Perlis menasihatkan saya dan menyatakan simpati tuduhan zina yang dikenakan terhadap saya.

“Malah, saya turut mendapat simpati ulama dari Indonesia atas tuduhan yang dikenakan terhadap saya,” katanya ketika berucap di Dewan Kampung Bukit Seputeh di sini, malam tadi.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau tidak akan melayan desakan untuk bersumpah laknat sebaliknya akan terus memperjuangkan keadilan dan membantu rakyat.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular