Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 29 April 2011

Najib nafi Laporan Bank Dunia





PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) menafikan Laporan Bank Dunia yang mendakwa dasar yang memberi keutamaan kepada Bumiputera telah menyebabkan berlaku masalah brain drain dan kurang kemasukan pelaburan ke negara ini.

Perdana Menteri berkata, sebaliknya, pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia telah meningkat kepada AS$9 bilion pada tahun lepas daripada AS$1.4 bilion pada 2009.

"Saya rasa laporan itu kurang tepat tetapi daripada segi brain drain itu, memang kita sudah kenal pasti sebagai salah satu daripada masalah yang perlu dicari penyelesaiannya.

"Sebab itu kita menubuhkan Talent Corp. dan langkah pertama saya telah umumkan di Invest Malaysia baru-baru ini adalah pemberian insentif cukai pendapatan pada kadar tetap 15 peratus bagi tempoh lima tahun jika mereka (profesional rakyat Malaysia) balik ke Malaysia.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular