Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 30 April 2011

Video Seks: Dua Datuk T terima ugutan lapor polis





BANGI: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik mendakwa beliau dan seorang lagi trio ‘Datuk T’ iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah menerima ugutan serta ancaman keselamatan daripada pihak tidak dikenali.

Beliau berkata, ugutan serta ancaman berkenaan diterimanya beberapa minggu lalu selepas mendedahkan video seks yang dikatakan mirip wajah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, pihak terbabit juga bukan saja mengugut serta mengancam untuk mencederakan dirinya, malah ahli keluarga mereka. “Saya menerima ugutan daripada pihak tidak dikenali mahu mencederakan saya serta ahli keluarga beberapa minggu lalu dan saya sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

“Bukan saya saja, malah (Datuk) Shazryl Eskay juga turut menerima ugutan sama,” katanya semalam, selepas menyampaikan ucaptama Program Memperkasakan Model Baru Ekonomi (MBE) anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu serta UMNO Bahagian Serdang.

Rahim menggesa polis mendedahkan segera identiti pelaku dalam video seks berkenaan supaya rakyat tidak terkeliru.

Sementara itu, empat laporan polis dibuat oleh tiga individu ekoran kekecohan dicetuskan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika majlis sumpah laknat oleh Shazryl Eskay di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pihaknya sudah menerima semua laporan itu dan akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan yang dinyatakan.

“Kita akan menyiasat mengikut saluran undang-undang termasuk menyiasat dakwaan menyatakan pihak pembangkang cuba merampas pembesar suara surau berkenaan serta bertindak kasar terhadap jemaah,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular