Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 9 Januari 2012

Durian sukang sukar ditemui



Gambar kiri, bahagian luar durian yang mempunyai duri kecil yang tajam sementara gambar kanan Dayang Sandum menunjukkan cara membelah durian sukang.


BANDAR SERI BEGAWAN - Negara Brunei Darussalam kini bagaikan dilanda 'demam' musim buah dan suasana itu dapat dilihat dari pondok tepian jalan di kampung hinggalah ke pasar raya besar yang menjual pelbagai buah-buahan.

Rambutan, langsat, kembayau, tampoi, manggis dan cempedak menjadi rebutan orang ramai namun raja buah, durian, tetap menjadi buah Nombor 1 negara ini.

Di sebalik kegirangan memilih berbagai jenis durian tempatan terdapat sejenis durian yang jarang dijual secara komersial dan kurang diketahui masyarakat iaitu durian sukang yang memiliki keunikan tersendiri.

Durian sukang hanya boleh ditemui di kampung pedalaman dan sebahagiannya di hutan belantara.

Walaupun namanya tidak sepopular durian lain, namun setiap tiba musimnya ia disambut dengan meriah sekali oleh warga kampung.

Dayang Sandum Manggis, 67, dari Kampung Pitan Lambang Ukong di Daerah Tutong mengongsi pengalamannya mengenai durian sukang.

Menurutnya, durian sukang amat jarang ditemui tumbuh dalam jumlah yang banyak seperti durian lain dan biasanya terdapat dua atau tiga pohon sahaja dalam sesebuah kampung di pedalaman.

Beliau masih setia dengan sepohon pokok durian sukang yang diwarisinya tumbuh di atas sebidang tanah milik keluarganya yang dipercayai berumur lebih daripada 100 tahun.

Dayang Sandum menjelaskan, beliau masih ingat cerita arwah bapanya yang ketika zaman kanak-kanaknya suka mengutip durian sukang yang gugur

Walaupun dusunnya tidak seluas seperti dusun lain namun setiap tiba musimnya ia tetap diziarahi keluarga dan sanak saudara kerana pokoknya masih aktif berbuah buah dan isinya masih tetap sedap dan lunak seperti dahulu.

Selain daripada durian sukang di dusunnya, terdapat pokok buah-buahan lain seperti tampoi, durian kuning, rambutan dan tarap.

Menurut beliau, durian sukang amat unik kerana isi buahnya tidak bersapar atau dalam barisan, dan di kulit luarnya tidak mempunyai garisan sapar seperti durian lain.

Untuk menikmati, kita perlu membelahnya kepada dua bahagian secara melintang dan biasanya hanya terdapat tiga hingga empat ulas sahaja isinya yang putih kekuningan serta rasanya yang sedap, manis dan lunak.

Sesetengah pihak juga menyifatkannya seperti durian bercampur susu pekat lemak manis.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular