Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 11 Ogos 2012

1,500 sertai qiamullail besar-besaran pertama di S'pura

Pegawai Dakwah Masjid Sultan, Ustaz Muhammad Khairun Nizam, memberi ucapan pembukaan kepada sekitar 1,500 jemaah yang hadir di Majlis Qiamullail di Masjid Sultan awal pagi kelmarin sambil diperhatikan, Dr Fatris Bakaram yang memimpin solat tahajud dan witir.
 
SINGAPURA - MASJID Sultan bergema dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran awal pagi kelmarin apabila sekitar 1,500 jemaah berkumpul untuk menyertai majlis qiamullail besar-besaran yang diadakan buat pertama kali di Singapura itu.

Di bawah pimpinan Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram, jemaah mendirikan solat tahajud dan witir dalam majlis yang bermula pada 3.45 pagi itu.

Doa munajat turut dipanjatkan bagi mendoakan kesejahteraan keluarga dan negara.

Pengerusi jawatankuasa Sentuhan Ramadan 2012, Encik Muhammad Khairul Jameel Yahya, berkata sambutan yang diterima sangat baik.

"Ramai yang hadir membawa seluruh keluarga termasuk anak-anak kecil dan juga bayi. Kami juga melihat sambutan yang menggalakkan daripada belia," kata Encik Muhammad Khairul Jameel.

Beliau menambah bahawa maklum balas yang diterima menunjukkan para peserta berasa seronok dapat bersama-sama menghayati permulaan 10 malam terakhir Ramadan tahun ini.

"Ada yang benar-benar menghayati doa munajat yang dipanjatkan sehingga menitiskan air mata," kata Encik Muhammad Khairul Jameel.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular