Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 4 Ogos 2012

Hafiz terkejut disaman pengurus pentas

KUALA LUMPUR - PENYANYI yang popular menerusi lagu Awan Nano, Hafiz mengakui terkejut setelah mendapat berita disaman bekas pengurus pentas, Selasa lalu.

Menurut Hafiz, dia yang baru sahaja pulang dari Indonesia, telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan mengenai surat saman tersebut.

“Saya akui agak terkejut apabila dimaklumkan pihak pengurusan mengenai perkara ini sebaik tiba dari Indonesia.

“Buat masa ini saya juga sudah melantik seorang peguam dan saya serahkan kepada peguam saya untuk menyelesaikan kes ini,” jelasnya ketika ditemui semasa majlis berbuka puasa anjuran Astro, baru-baru ini.

Namun, tatkala diminta mengulas lanjut mengenai surat saman tersebut, Hafiz mengambil pendekatan untuk mengunci mulut dan menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk memberi sebarang kenyataan selepas ini.

“Saya rasa lebih baik tidak memberikan apa-apa kenyataan buat masa sekarang ini. Saya bimbang kenyataan saya disalah ertikan dan memberi masalah lain pula kepada saya,” katanya.

Nur Haniza Mohd Azhar, 25, memfailkan saman terhadap juara Akademi Fantasia musim ketujuh itu, bagi menuntut ganti rugi lebih RM200,194 atas dakwaan Hafiz telah mencederakannya dalam satu insiden pada tahun lalu.

Haniza yang kini bertugas sebagai penasihat pemotoran, memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Tetuan Boestaman Ahmad & Co di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil, pada 31 Julai lalu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular