Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 4 Ogos 2012

'Laporan saya dan Abby rujuk semula hanya spekulasi'- Norman




SHAH ALAM – Norman Hakim menafikan laporan blog bahawa beliau dan bekas isterinya, Abby Abadi akan merujuk semula ekoran pertemuan mereka dan isterinya, Memey Suhaiza baru-baru ini.

Ketika dihubungi hari ini, Norman berkata, dia tidak mahu memberi apa-apa komen tentang isu tersebut.

Sebaliknya beliau menegaskan bahawa ia tidak benar dan hanya spekulasi semata-mata.

“Sepatutnya isu-isu sebegini perlu ditanya dahulu kepada tuan badan sendiri.

"Jangan terlalu percaya, selagi saya dan Abby tidak memberi apa-apa jawapan, anggap sahaja ia spekulasi daripada orang ramai dan ianya tidak benar sama sekali," kata beliau.

Norman menambah: "Saya hanya mahu melakukan yang terbaik dan melakukan yang terbaik untuk keluarga saya."

"Dan, saya akan sentiasa memastikan keluarga saya mempunyai hala tuju yang baik dalam memastikan keharmonian keluarga saya,” katanya lagi.

Kelmarin, media membawa laporan bahawa bulan Ramadan mulia telah menyatukan keluarga Norman dan bekas isterinya.

Norman berkata, dia sangat gembira dengan perkembangan terbaru itu dan menyifatkan Ramadan tahun ini adalah yang paling manis buatnya keluarganya.

“Sekarang hubungan kedua Abby dan Memey sudah baik dan menjadi semakin mesra sejak 7 Ramadan lalu. Seperti ramai sedia maklum sebelum ini, hubungan kami tidak begitu baik dan jikalau bertemu pun hanya untuk
tujuan mengambil dan menghantar anak dan komunikasi terbatas di antara kami bertiga.

“Tetapi mungkin disebabkan berkat bulan Ramadan serta doa yang selama ini tidak putus-putus saya dan masyarakat sekeliling mendoakan, akhirnya tercapai juga impian itu," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Abby pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 2008.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular