Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 3 Ogos 2012

Kad 'emas' untuk sambut Aidilfitri



Encik Lim (berdiri) menyelia pekerjanya yang pekak dan bisu, Encik Tay Kiah Seng, untuk mereka kad-kad emas termasuk kad emas Hari Raya Aidilfitri yang julung-julung kali dipasarkan di Singapura.

SINGAPURA - MENJUAL emas dalam bentuk kad-kad Hari Raya bersaiz kad kredit.

Itulah rekaan terkini bagi menarik masyarakat Melayu/Islam melabur dalam emas yang dihasilkan syarikat setempat - Singa Gold Pte Ltd di Geylang East.

Pengarah pemasaran syarikat itu, Encik Dennis Lim, berkata beliau mendapat idea itu semasa mengunjungi Turkey tahun lalu.

"Saya ke Istanbul pada tahun lalu dan semasa ke pusat beli-belah di sana, saya ternampak emas dijual dalam kad bersaiz kad kredit dan tertarik dengan rekaan tersebut. Namun, reka bentuk di sana hanya satu sahaja. Justeru, apabila saya pulang ke Singapura, saya mencari mesin cetak yang sesuai dan membelinya untuk mencipta pelbagai reka bentuk menurut selera masyarakat setempat.

"Kad emas Hari Raya ini adalah rekaan terbaru kami terutama bagi masyarakat Melayu/Islam yang akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. Ia cukup menarik untuk dijadikan cenderahati atau sebagai pengganti hadiah duit raya bagi orang-orang istimewa," tambahnya.

Produknya itu belum terdapat di pasaran dan kini boleh didapatkan di kilangnya di Geylang East menerusi tempahan.

Syarikat itu menyediakan 1 gram, 5 gram dan 10 gram emas tulen cap kepala singa bagi kad-kad yang direka dengan perkataan 'Eid Mubarak' serta perkataan Jawi 'Selamat Hari Raya Aidilfiri'.

Di sebelah lagi muka kad itu pula ditulis bahasa rumi dengan perkataa: "Di Syawal yang mulia ini bersama kita melangkah ke hadapan membina masa depan yang dipenuhi dengan keimanan dan kejayaan."

Syarikat tersebut juga mereka kad-kad yang sama yang disertakan dengan kepingan perak seberat 1 gram dan 2.5 gram.

Menurutnya, 1 gram emas tulen gred 999.9 yang dilengkapkan dengan kad hiasan Hari Raya itu dijual pada harga $118. Sementara kad serupa bagi satu gram perak dijual pada harga $28.

Membuat perbandingan, Encik Lim berkata harga emas 1 gram tanpa kad di pasaran adalah antara $120 hingga $150.

"Selain menggunakannya sebagai cenderahati atau hadiah, ia juga boleh disimpan untuk pelaburan jangka panjang. Walaupun harga emas turun naik setiap hari, jika dikaji daripada rekod masa-masa lalu, harga emas semakin lama semakin tinggi," katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular