Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 31 Mei 2011

Bot bawa PATI karam, 18 masih hilang



KOTA TINGGI - Sebuah bot dipercayai membawa pendatang asing, karam di perairan Tanjung Pengelih dekat sini kira-kira 4.30 pagi tadi.

Setakat ini, sebelas mangsa berjaya diselamatkan manakala 18 lagi masih hilang, menurut jurucakap Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

Usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan.

TERKINI: Dua lagi mangsa bot karam berjaya diselamatkan

Dua lagi mangsa bot karam di perairan Tanjung Ayam, Pengerang berjaya diselamatkan oleh bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, menjadikan yang diselamatkan setakat ini ialah 13 orang.

Menurut sumber Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)) Wilayah Selatan, enam daripada mangsa itu telah diselamatkan oleh bot APMM manakala selebihnya oleh kapal dagang MV Huo Tuo yang berada di kawasan kejadian.

"Kesemua mangsa yang berjaya diselamatkan setakat ini terdiri daripada lelaki dan kita mempercayai mereka merupakan pendatang asing tanpa izin,” katanya hari ini.

Usaha mencari 18 yang masih hilang sedang dilaksanakan oleh APMM termasuk membabitkan sebuah helikopter agensi berkenaan, kata sumber itu.

Pihak berkuasa mempercayai terdapat lebih daripada 30 orang yang menaiki bot itu ketika ia karam di perairan, kata beliau.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular