Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 31 Mei 2011

Doktor Singapura didenda kerana tersalah cabut gigi




SINGAPURA - SEORANG doktor gigi didenda $3,000 dan dicela kerana tersalah cabut dua batang gigi seorang pesakit di Pusat Pergigian Nasional (NDC).

Dr Debbie Hong Pooi Mun, seorang pakar bedah gigi NDC, mengaku bersalah setelah didakwa Jawatankuasa Disiplin Majlis Pergigian Singapura (SDC).

Mengenai kes itu, Dr Hong tersilap mencabut dua gigi pesakit berkenaan pada Mei 2007 - satu di bahagian atas dan satu lagi di bahagian bawah.

Menurut kenyataan SDC semalam, Jawatankuasa Disiplin berpendapat kesilapan mencabut gigi adalah perkara serius. Kesilapan itu boleh dielakkan jika Dr Hong lebih teliti ketika menjalankan tugasnya.

Hukuman yang dikenakan ke atas Dr Hong dibuat setelah mengambil kira faktor lain dan kesediaannya mengaku bersalah.

Selain daripada denda $3,000 dan dicela, Dr Hong juga diperintahkan membayar kos proses disiplin.

Sementara itu, NDC semalam turut mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku.

Selain daripada memohon maaf, NDC juga memberikan rawatan pembetulan lanjut kepada pesakit berkenaan dan kosnya dibiayai sepenuhnya oleh pusat tersebut.

Menurut siasatan yang dijalankan, kesilapan itu berpunca daripada kesilapan identiti pesakit dengan borang rawatan telah dilampirkan dengan resit nombor pesakit yang salah.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular