Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 31 Mei 2011

Nama warga Singapura tidak mengundi mula dipamer




SINGAPURA - SENARAI nama pengundi yang tidak membuang undi dalam pilihan raya umum lalu dipamer mulai semalam.

Di bawah undang-undang, undi wajib dan mereka yang tidak mengundi dikeluarkan daripada daftar pengundi. Akibatnya, mereka tidak dibenarkan membuang undi atau bertanding dalam pilihan raya masa depan.

Senarai nama mereka yang tidak membuang undi dipamer di balai rakyat tertentu dan pejabat Jabatan Pilihan Raya.

Menurut satu kenyataan jabatan itu semalam, mereka yang telah dikeluarkan daripada daftar pengundi boleh memohon untuk meletakkan semula nama mereka dalam daftar itu mulai semalam.

Ini boleh dilakukan dengan mengisi borang elektronik menerusi laman jabatan itu di www.elections.gov.sg.

Satu lagi cara ialah dengan menghantar borang menerusi pos, faks atau kirimkan sendiri ke pejabat jabatan itu.

Borang tersebut boleh didapati di pejabat itu atau dimuat turun dari lamannya.

Ketika mengisi borang, mereka yang terjejas perlu menerangkan sebab mereka tidak membuang undi dalam pilihan raya lalu.

Antara sebab yang boleh diterima ialah tiada di dalam negeri kerana bertugas, menuntut di luar negara, mengambil cuti luar negara yang dirancang sebelum pilihan raya diumumkan, sakit dan melahirkan anak.

Mereka yang tidak mengundi kerana berada di luar negara dikehendaki memohon agar nama mereka diletak semula dalam daftar pengundi sebelum mereka boleh mendaftarkan diri untuk membuang undi di luar negara.

Tempoh meletakkan semula nama pengundi dalam daftar pengundi akan ditutup sebaik sahaja Writ Pilihan Raya dikeluarkan bagi Pilihan Raya Presiden, yang harus diadakan sebelum 31 Ogos ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular