(BERITA DARI SINGAPURA)
KAJANG: Tiga wanita kumpulan pertama yang menjalani hukuman sebat mengikut undang-undang syariah di negara ini atas kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah reda disebat dan mengaku hukuman itu memberi mereka kesedaran cukup mendalam.
Mereka, yang mahu dikenali hanya sebagai Cik Ayu, Cik Aishah dan Cik Nur, juga mengaku hukuman itu tidak menyakitkan seperti yang disangka sebelum ini.
Cik Ayu, 20-an tahun, yang juga ibu bayi berusia kira-kira setahun, berkata hukuman itu tidak mencederakan atau menyakitkan, sebaliknya bertujuan memberi keinsafan dan mengurangkan tekanan jiwa.
'Hukuman itu memberi kesedaran mendalam dalam jiwa saya. Allah memberi peluang untuk saya bertaubat dan kembali ke jalan-Nya,' katanya kepada pemberita di Penjara Wanita Kajang di sini, kelmarin.
Cik Ayu dibebaskan Ahad lalu selepas menjalani hukuman penjara dua bulan dan sebat empat kali. Beliau, yang menyerah diri di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), juga didenda RM1,000 ($414).
Menurut Cik Ayu beliau tidak mengemukakan rayuan kerana reda dengan apa jua hukuman yang diputuskan mahkamah.
'Saya wajar menerima hukuman itu, jika tidak saya tak akan sedar sampai bila-bila,' ujarnya.
Pelaksanaan hukuman itu dijalankan di Penjara Wanita Kajang pada 9 Februari lalu.
Kelmarin, wakil media menyaksikan demonstrasi hukuman sebat ke atas pesalah syariah wanita. Mengikut undang-undang syariah, hukuman itu hanya dijalankan ke atas pesalah yang disahkan sihat oleh pegawai perubatan hospital kerajaan.
Hukuman dilaksana oleh pegawai sebat wanita dalam keadaan pesalah menutup aurat.
Rotan yang digunakan berukuran maksimum 1.22 meter panjang dan 1.25 sentimeter tebal, bergantung pada keputusan mahkamah.
Cik Aishah, 18 tahun, berkata beliau terkejut dan terduduk ketika Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara, enam kali sebat dan denda RM3,000 Disember lalu.
'Walaupun berdebar, saya reda dan patut terima hukuman itu kerana hukuman di akhirat lebih hebat tetapi sekurang-kurangnya saya insaf,' katanya, yang kematian bayi pramatang berusia tujuh bulan November lalu.
Cik Nur, 20-an tahun, berkata beliau tidak berasa sakit ketika disebat enam kali dan reda dengan hukuman itu
Selain hukuman itu, tertuduh yang juga kakitangan Suruhanjaya Menegakkan Kebaikan dan Membanteras Maksiat turut diarah menghafal dua juz Al-Quran.
Dia turut dilarang keluar negara atau memberi ceramah dan menjadi imam di masjid.
Ketika dibicarakan, tertuduh mendakwa tidak tahu undang-undang Islam hanya membenarkan seorang lelaki mengahwini maksimum empat isteri pada satu-satu masa.
Beliau memaklumkan kepada hakim bahawa dia tidak memiliki pendidikan lebih daripada sekolah rendah.
Sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh berdepan hukuman maksimum direjam sampai mati kerana beliau diklasifikasi melakukan zina disebabkan dua perkahwinannya dianggap tidak sah.
Namun, Hakim Sheikh Salman bin Yahya Al-Wadaani berkata bukti tidak mencukupi untuk menjatuhkan hukuman rejam sampai mati terhadap tertuduh.
Lelaki itu didakwa pada Jun 2008 selepas beliau dilapor memiliki tiga isteri warga Yaman dan tiga lagi wanita tempatan.
Hasil siasatan, pihak berkuasa mendapati dua daripada isteri Yamannya tinggal secara haram di Arab Saudi.
Hakim berkata tertuduh akan dibicarakan secara berasingan kerana mengahwini wanita asing tanpa kebenaran Kementerian Dalam Negeri.
Setiap rakyat Arab Saudi perlu mendapatkan kebenaran kementerian sebelum mengahwini rakyat asing. -- Agensi.