Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 23 Februari 2010

Pelakon Remaja Selamat Kembali Dari Lombok



SEPANG, 23 Feb (Bernama) -- Pelakon remaja, Salsabila Yunan, 15, yang dilapor dilarikan ke Lombok, Jawa Tengah pada Ogos tahun lalu, selamat kembali ke tanah air hari Selasa.

Pesawat AK 0553 yang membawanya dari Surabaya, Indonesia, mendarat pada jam 4.10 petang di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini.

Remaja itu yang lebih mesra dengan panggilan Bella keluar dari balai ketibaan jam 5 petang dan dilihat tidak dapat menahan air mata sebaik melihat kelibat ayahnya, Yunan Mat Ayat, 77, yang membesarkannya seorang diri sejak sembilan tahun lalu setelah kematian ibunya.

Pertemuan penuh emosi itu disertai kakak Bella, Faridah, 50, dan mereka dilihat saling berpelukan dengan diiringi air mata gembira.

Bercakap kepada pemberita, Bella yang pernah membintangi beberapa drama tempatan termasuk "Gerak Khas" dan "Renjis", memohon maaf dan menyesal meninggalkan keluarga tanpa izin mereka.

"Saya berasa gembira dapat pulang ke tanah air namun agak sedih sedikit kerana suami tak dapat ikut sama, lebih-lebih lagi apabila saya sudah hamil lima bulan," katanya.

Sementara itu, Yunan berkata beliau tidak menjangka dapat menemui kembali anaknya setelah mengetahui dia berada di Lombok bersama suaminya.

Yunan berkata beliau tidak lena tidur setiap malam kerana sering memikirkan keadaan anaknya itu, terutama setelah mendengar pelbagai berita mengenai kesusahan hidup di sana.

Lantaran itu beliau amat berterima kasih kepada Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno dan pihak-pihak yang terlibat atas inisiatif membawa pulang anaknya setelah tujuh bulan berpisah.

"Marah memang marah kerana tindakannya itu, tapi saya dah maafkan anak saya dan minta dia jangan ulangi kesilapannya," kata Yunan ketika ditanya pemberita.

Yunan berkata beliau akan berusaha agar Bella dapat menyambung pelajarannya kembali sehingga sekurang-kurangnya ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bella dikatakan dilarikan teman lelakinya, Hafiz Sukma, 26, ke Lombok 7 Ogos tahun lalu sebelum bernikah di sana.

Yunan membuat laporan polis pada hari sama, dan kemudian meminta bantuan pelbagai pihak termasuk biro berkenaan selepas menerima panggilan telefon pada 23 Oktober lalu daripada Bella yang memberitahu ia berada di Lombok.

Pengerusi biro itu, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata beliau menganggap kes itu sebagai kes eksploitasi memandangkan Bella baru berumur 15 tahun dan masih tertakluk di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau berkata Bella juga sebenarnya sudah ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana didapati masuk ke negara itu secara haram, dan hampir didakwa.

Kesalahan itu boleh mengakibatkan hukuman penjara selama enam tahun dan denda sebanyak 30 juta rupiah.

"Namun hasil kerjasama Biro Aduan dengan Imigrasi Indonesia, serta bantuan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Salsabila dilepaskan dan dibenarkan pulang pada hari ini," katanya.

Muhammad Khairun berkata kes itu wajar dijadikan pengajaran terutama bagi gadis-gadis di bawah umur.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular