Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 18 November 2013

NINA ISKANDAR artis pertama Brunei mencipta kejayaan di Malaysia.

KUALA LUMPUR - DEMI cintanya yang cukup mendalam terhadap bidang seni, pelakon baharu Nina Iskandar sanggup mengambil keputusan untuk berhenti belajar.

Bukannya menganggap pelajaran itu sesuatu yang tidak penting, tetapi pelakon berasal dari Bandar Seri Begawan, Brunei ini menyatakan, peluang berlakon yang datang mencurah-curah menyebabkan dia perlu membuat pilihan yang tepat.

“Apabila mengikat kontrak dengan Metrowealth awal tahun ini, pada masa yang sama saya sedang menuntut di kolej International Graduate Study (IGS), Brunei dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

“Setelah difikirkan semasak-masaknya, akhirnya saya ambil keputusan untuk berhenti belajar memandangkan saya sukar untuk fokus dua kerja dalam satu masa,” ujar pelakon berusia 22 tahun itu.

Menceritakan detik awal pembabitannya dalam bidang lakonan, Nina berkata, dia sudah mula berlakon drama bersiri di negara kelahirannya sejak tahun 2011.

Kemudian dia pernah membintangi drama iaitu Erna Suraya yang membabitkan kerjasama antara Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Radio Televisyen Brunei (RTB).

Bermula saat itu, timbul minat dalam dirinya untuk mencuba nasib dalam industri hiburan di Malaysia. Ternyata rezeki berpihak kepada dirinya apabila mencuba nasib menyertai uji bakat bersama Metrowealth setelah diminta menghantar profil peribadi oleh David Teo.

“Melihat kepada perkembangan bidang lakonan di Malaysia, sudah ramai pelakon luar seperti Singapura yang mencuba nasib dan ternyata kebanyakannya berjaya mencipta nama di negara ini.

“Namun begitu, setakat ini masih belum ada lagi pelakon Brunei yang betul-betul menyerlah di sini. Jadi, saya berazam untuk menjadi artis pertama Brunei yang berhasil mencipta kejayaan di Malaysia,” ujarnya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular