Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 4 November 2013

TERKINI: PAS kekal di DUN Sungai Limau

YAN - PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan majoriti undi berkurangan lebih separuh dalam pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.

Calon PAS Mohd Azam Abd Samat, 32, memperoleh 12,069 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, dengan 10,985 undi.

Pada pilihan raya umum ke-13 pada Mei lepas, Tan Sri Azizan Abdul Razak (PAS) menang kerusi DUN itu dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 2,774 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Abdul Rashid Othman di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, di sini.

Daripada 23,249 pemilih berdaftar yang keluar mengundi hari ini, 145 kertas undi diisytiharkan rosak.

Dengan keputusan ini, PAS mengekalkan kerusi DUN itu sejak pilihan raya umum 1995 yang dimenangi menerusi Azizan. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular