Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 5 April 2014

MH370: Kapal China kesan isyarat dipercayai kotak hitam


BEIJING - Sebuah kapal peronda China yang mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 mengesan denyutan elektronik pada frekuensi 37.5 kilohertz (kHz) sesaat di selatan Lautan Hindi hari ini, lapor agensi berita Xinhua.

Angka 37.5 kHz merupakan frekuensi standard antarabangsa yang dipancarkan oleh kotak hitam sesebuah pesawat yang tenggelam di dasar laut.

Menurut Xinhua , alat pengesan kotak hitam yang di gunakan dalam kapal Haixun 01 mengesan denyutan elektronik tersebut atau ping sekitar 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur.

Namun, siasatan masih dilakukan bagi mengesahkan sama ada isyarat elektronik itu berasal dari kotak hitam MH370 Lapor Xinhua.

Sebuah pesawat tentera udara China turut dilaporkan mengesan beberapa objek terapung berwarna putih di lokasi pencarian itu.


PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular