Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 21 Disember 2011

21 warga S'pura diselamatkan dari Taman Negara Endau-Rompin




SINGAPURA - SERAMAI 21 orang warga Singapura termasuk seorang anak kecil berusia satu setengah tahun, semalam berjaya diselamatkan, setelah terperangkap lebih 12 jam dalam hutan lipur Taman Negara Endau-Rompin di sempadan negeri Johor dan Pahang.

Kumpulan tersebut, dan tiga lagi warga Malaysia yang bersama mereka, diangkat keluar daripada hutan itu menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia setelah laluan keluar mereka terputus ekoran air bah.

Media difahamkan kebanyakan individu yang terbabit berbangsa Melayu dan berusia dalam lingkungan 20-an tahun.

Ketika dihubungi, seorang jurucakap polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing, berkata kumpulan yang membawa lapan motosikal dan empat kereta pacuan empat roda itu tiba di hutan lipur tersebut pada Ahad lalu.

Sumber-sumber memberitahu bahawa kawasan itu mempunyai beberapa air terjun, antaranya Air Terjun Lemako, yang popular di kalangan warga Singapura yang menunggang motosikal lasak.

Namun untuk ke air terjun tersebut, penunggang perlu menyeberangi Sungai Lemako - air sedalam paras betis - dengan motosikal mereka.

Menurut jurucakap polis, kumpulan itu tidak berjaya melintas sungai tersebut kerana airnya naik tinggi ekoran hujan lebat.

'Mereka hubungi kami (polis) pada malam Isnin lalu dan pihak bomba penyelamat tiba pada pagi keesokannya,' kata jurucakap tersebut.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular