Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 28 Disember 2011

Rosnah : Anak terbuang dan dianak tiri di negara sendiri.

Cik Rosnah menunjukkan pelbagai dokumen, termasuk surat memohon kerakyatan Singapura, sebagai bukti beliau puas berusaha untuk menjadi warga Singapura




SINGAPURA - CIK Rosnah Ahmad dilahirkan di Singapura dan ayahnya warga Singapura yang berkahwin dengan wanita kelahiran Melaka.

Tetapi, suri rumah berusia 32 tahun itu pelik kerana diberi kad pengenalan biru apabila ayahnya memohon kad pengenalan ketika usia beliau mencecah 16 tahun.

Kad pengenalan biru itu sendiri cukup membingungkan kerana tempat lahirnya dicatat sebagai Singapura tetapi warganegaranya pula stateless, atau tanpa kerakyatan.

Ibunya, yang juga memegang kad pengenalan biru Singapura, telah lama meninggal dunia.

Cik Rosnah juga kurang pasti apakah sebaris ayat dalam sijil kelahirannya yang berbunyi 'Anak ini bukan warga negara Singapura ketika dilahirkan' menjadi punca beliau diberi kad pengenalan biru.

Menurut ibu lima anak itu, kad pengenalan biru itu meletak beliau sebagai Penduduk Tetap (PR) sedangkan 'Singapura negara saya, tempat lahir saya'.

Menyingkap isu yang menghantuinya sejak memegang kad pengenalan itu, Cik Rosnah, yang tidak pernah bersekolah atau melancong ke luar negeri, berkata: 'Apalah salah saya dan apa salah bapa saya sehingga saya diberi kad pengenalan biru.

'Saya yang menanggung bebannya sekarang, bak anak terbuang dan anak tiri di negara sendiri.

'Bila minta kerja, majikan menolaknya dan ada yang minta permit kerja, visa dan ada yang tanya mana pasport? Ada yang perlikan saya... bingit dibuatnya.

'Suami saya warga Singapura dan kesemua anak saya warga Singapura. Sampai bila saya harus menanggung masalah ini?'

Menurut Cik Rosnah, pada 5 Mei lalu beliau memohon di Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) untuk mendapatkan kerakyatan Singapura dengan membayar yuran $100, tetapi masih belum mendapat jawapan.

'Kalau saya tak layak sekali pun, pihak berkuasa seharusnya menjelaskannya agar saya tidak tertanya-tanya dan menunggu mcam buah tak jatuh,' kata beliau ketika ditemui di flat sewa satu biliknya di North Bridge Road beberapa hari lalu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular