Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 25 Disember 2011

Nahas korbankan rakyat Brunei masih disiasat



SANDAKAN – Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Sabah masih menyiasat punca kemalangan bas pelancong yang mengorbankan tujuh rakyat Brunei di Tamparuli, Selasa lepas, kata Pengarahnya, Herdiansha Abdul Karim.

Beliau berkata, siasatan yang dilakukan bersama beberapa pihak termasuk polis dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya itu meliputi pelbagai aspek termasuk faktor manusia serta persekitaran.

"Siasatan bagi mengenal pasti punca nahas jalan raya itu masih lagi dilakukan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Herdiansha menasihatkan semua pengusaha bas ekspres dan persiaran termasuk dari negara jiran agar mematuhi prosedur keselamatan dalam operasi mereka seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Selain mematuhi peraturan jalan raya, mereka juga harus memastikan bas dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan, katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular