Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 24 Disember 2011

ISL belum lagi menerima status haram -.Datuk Hamidin





KUALA LUMPUR - NAIB Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menegaskan Liga Super Indonesia (ISL) belum lagi menerima status haram.

Hamidin mengesahkan, beliau telah menghubungi sumber dari negara jiran itu dan sudah menerima maklum balas berhubung kemelut yang melanda Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) kelmarin.

Katanya, pihak PSSI akan mengadakan mesyuarat kongres pada minggu depan bagi menyelesaikan kekeliruan tersebut.

“Perkara ini sebenarnya belum lagi terjadi (haram).

“Semalam (kelmarin) saya telah menghubungi pihak Pelita Jaya dan beberapa sumber dari Indonesia berhubung masalah dalaman ISL yang difahamkan bakal diharamkan.

“Difahamkan, sumber dari Indonesia itu berkata, Ketua Umum PSSI, Djohar Ariffin Husin akan mengadakan mesyuarat kongres berhubung kemelut ISL dan Liga Perdana Indonesia (IPL) pada minggu depan.

“ISL masih merupakan liga sah PSSI dan FIFA telah meminta PSSI supaya selesaikan kekeliruan ini. Mungkin ada beberapa masalah telah berlaku tetapi mereka sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

“Sekiranya PSSI tidak mencapai kata sepakat pada mesyuarat kongres itu, Djohar akan membuat rombakan sistem pengurusan PSSI baharu yang mengikuti undang-undang badan induk bola sepak dunia (FIFA) pada bulan hadapan,” katanya semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular