Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 31 Disember 2011

Peristiwa berdarah di UPSI

Foto hiasan.





SHAH ALAM - Demonstrasi sekumpulan mahasiswa menuntut pembebasan Adam Adli, yang dikaitkan dengan isu menurunkan 'bendera' Datuk Seri Najib Tun Razak bulan lalu dan kebebasan akademik di pintu masuk utama Universiti Pendidikan Sultan Idri (Upsi) pagi tadi bertukar menjadi peristiwa berdarah.

Polis bersama pasukan FRU menahan ketua demostrasi sehingga timbul kekecohan dengan adengan tolak-menolak, termasuk kecederaan serius terhadap Pengerusi Gerakan Penuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Safwan Anang.

Safwan terpaksa dikejarkan ke Hospital Slim River.

Kumpulan itu mengadakan perhimpunan di ibu negara pertengahan bulan lalu bagi menyerahkan memorandum kepada Suhakam dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah. Adam dilaporkan menurunkan banting berupa bendera itu selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula di pekarangan Menara Dato' Onn yang menempatkan ibu pejabat Umno.

Pelajar Upsi itu berhadapan dengan tekanan agar meminta maaf dan siasatan pihak berkuasa.

Difahamkan kumpulan itu cuba membawa Safwan untuk mendapatkan rawatan di klinik berdekatan dengan didakwa memecahkan pintu pusat perubatan 20 jam itu.

Namun ketiadaan doktor memaksa mereka membawanya ke Klinik Kesihatan Tanjung Malim sebelum membawanya ke Hospital Slim River.

Lebih 100 pelajar yang menyertai demonstrasi ditahan dan dibawa ke balai polis berdekatan.

Difahamkan, antara 55 ditahan termasuk 30 wanita telah dibebaskan.

Antara yang ditahan ialah Adam, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional Mohd Syahid Mohd Zaini, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia Ahmad Shukri Razab.

Kekecohan tercetus kira-kira pukul 2.25 pagi tadi apabila amaran polis untuk bersurai tidak diendahkan.

Penunjuk perasaan yang cedera dipercayai akibat ditumbuk dan ditendang. Keadaan kembali tenang sekitar 5 pagi tadi.

Usaha mendapatkan pengesahan Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Md Tahir Kasim belum berhasil.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular